Sejarah Aliran Mazhab Tauhid: Khawarij, Murjiah, Mu’tazilah dan Ahlusunnah wal Jamaah

Posted on 3 July 2010. Filed under: Tauhid | Tags: , , , , , , |

Oleh : Ustaz Hj Adnan bin Hj Muhammad Saman

Khawarij

Apabila berlaku peperangan Siffin di antara Saidina ‘Ali dan Mu’awiyah pada tahun 37H maka timbul satu fahaman lagi yang dianjurkan puak-puak Khawarij. Mereka menyalahkan Saidina Ali kerana menerima Tahkim dan menuntut Saidina ‘Ali bertaubat kerana mereka menganggap Saidina ‘Ali sudah kufur kerana memberhentikan peperangan melawan Mu’awiyah. Mereka juga menyalahkan Mu’awiyah kerana bangun menentang Saidina ‘Ali. Mereka telah keluar daripada  taatkan Saidina ‘Ali atau Mu’awiyah dan melantik seorang daripada mereka menjadi ketua iaitu ‘Abdullah bin Wahab Ar-Rashidi. Akhirnya mereka menghantar utusan untuk membunuh Saidina ‘Ali di Baghdad, Mu’awiyah di Damsyik dan ‘Amru ibnu Al-‘As di Mesir. Saidina ‘Ali wafat dibunuh tetapi Mu’awiyah dan ‘Amru tidak. Untuk membenarkan tindakan-tindakan mereka itu mereka telah mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dengan tafsiran yang menyeleweng, misalnya :

‘Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya berhijrah kepada Allah dan rasulnya kemudian  disambar maut,  maka sesungguhnya berlakulah (beroleh) balasannya atas (dari) Allah’.

Surah An-Nisaa, ayat 100.

Setelah wafat Saidina ‘Ali dan anak beliau Saidina Husin, Khawarij berpecah dua. Satu puak bermarkas di Bu’tiah untuk mengawal puaknya yang berada di Parsi dan satu puak lagi yang berada di sekeliling Iraq (bermarkas di Kirman). Satu cabang lagi daripada Khawarij perkembangan di dataran Arab dan menguasai puak-puak mereka di Yaman, Hadhramaut dan Thaif (faham Khawarij ini akhirnya berpecah kepada 20 aliran).

Murjiah

Bermula daripada peristiwa Siffin ini juga timbul lagi satu fahaman digelarkan Murjiah (menangguhkan). Puak ini hanya berdiam diri melihat telatah-telatah puak Syiah dan Khawarij. Mereka tidak mahu ikut campur sama ada membantu ataupun membuat andaian hukum terhadap mana-mana pihak. Mereka berpendapat hukuman buat kedua-dua pihak ini biarlah ditangguhkan sahaja pembicaraannya di yaumul-mahshar.

Mu’tazilah

Pada permulaan abad kedua hijrah timbul pula fahaman Mu’tazilah yang dipimpin oleh Wasil bin ‘Ata dan ‘Umar bin ‘Ubaid. Wasil hidup dalam tahun 80-113H sementara ‘Umar wafat pada tahun 145H. Fahaman Mu’tazilah yang terpengaruh dengan falsafah Parsi ini mula merebak dan mendapat tempat yang istimewa di dalam kerajaan ‘Abbasiah di zaman pemerintahan Ma’mun bin Harun Ar-Rashid yang berjaya merampas kerajaan dari tangan saudaranya Al-Amin pada tahun 196H. Beliau berjaya sebab bantuan orang-orang Parsi. Fahaman ini bermaharajalela sehingga zaman Al-Wathiq dalam tahun 232H. Banyak ulama Ahlussunnah waljamaah teraniaya dan terbunuh kerana tidak mahu mengakui Al-Quran itu makhluk, di antara mereka termasuk Imam Abu Hanifah, Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Ahmad Nadhral-Huza’i. Akhirnya Imam Asy-Syafi’i terpaksa berpindah ke Mesir. Fahaman Mu’tazilah ini akhirnya berpecah kepada 20 aliran pula.

Ahlusunnah wal Jamaah: Asya’irah dan Maturidiah

Alhamdulillah, Imam Abu Hasan ‘Ali Al-Asy’ari yang lahir di Basrah tahun 260H dan wafat dalam tahun 324H telah bangun menentang fahaman kaum Mu’tazilah. Beliau telah mengalahkan hujjah gurunya (yang mengajarkan fahaman Mu’tazilah) bernama Abu Hashim Al-Jabaiy. Beliau telah mengarang hujjah-hujjah dan kaedah-kaedah tauhid seperti yang ada sekarang ini. Langkah beliau dituruti pula oleh muridnya Abu Mansur Al Maturidi. Kaedah dan hujjah-hujjah tauhid dari kedua-dua ulama ini telah dipersetujui dan dipelajari oleh kaum muslimin di seluruh dunia Islam.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: